Assalamualaikum...tidak terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.
Hari ini ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa banyaknya pahala dan keberkatan di dalam melakukan ibadah korban.
Ianya bermula daripada mula kita mendapatkan seekor lembu atau kambing untuk dijadikan korban, setiap langkah atau perjalan kita sudah Allah tambahkan 10 pahala dan menghapuskan 10 dosa. Diikuti pula perbincangan diantara kita dengan si penjual binatang korban adalah zikrullah(zikir).
Ketika binatang korban disembelih, setitik darah yang mengalir Allah sediakan 10 malaikat untuk doa kan kepada kita. Bayangkan pahala yang Allah janjikan bila kita lakukan ibadat korban.
Hari ini bila ditanya nak masuk bahagian untuk korban kebanyakannya mendiamkan diri. Kalau kita lihat anggaran satu bahagian daripada seekor lembu pada masa ini lebih kurang RM400, memang satu angka yang agak besar tetapi cuba mula pada bulan ini kita asingkan hanya RM40 sebulan didarabkan dengan 12 bulan dah berapa??? Bukan ker dah dapat RM480? Siap dapat dengan upah pulak RM80.
Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan pahala yang berganda-ganda ni....bila lagi....masa ni la nak rebut peluang....betul ke betul?
Sama-samalah kita bermuhasabah diri termasuklah diri saya sendiri. Yang baik semuanya dari Allah, yang buruk semuanya dari kelemahan diri saya sendiri.
Salam kebahagiaan, Salam Aidiladha.
No comments:
Post a Comment